Ads Top

Wanita Berjubah Rebah Dipercayai Ditembak Ketika Mengibar Bendera Palestin

Puluhan warga Palestin dilaporkan cedera ketika sedang melakukan demonstrasi aman, Great March of Return di wilayah Gaza. Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 74 orang termasuk dua orang pegawai perubatan cedera ditembak oleh tentera Israel.

Rakyat Palestin di wilayah Gaza telah melancrkan Great March of Return sejak 30 Mac 2018 lalu. Didakwa sepanjang berlakunya proses demontrasi di sempandan wilayah itu, sebanyak 324 orang rakyat Palestin telah terkorban dan mencederakan lebih dari 32,000 orang.

Namun yang menyayat hati, ada sebuah video tular di laman twitter memaparkan insiden sadis di mana seorang wanita berjubah didakwa ditembak oleh seorang penembak tepat.

Mangsa yang ketika itu mengibarkan bendera Palestin dipercayai ditembak dari arah belakang jatuh tersungkur ke tanah. Orang ramai berlari menuju ke arah wanita terbabit untuk melihat keadaannya.

No comments:

Powered by Blogger.