Ads Top

Erma Fatima tidak kisah dikritik, Teater Malayu-Pawana Isabella dituduh mempersenda masyarakat Melayu

Pengarah Erma Fatima tidak kisah teater terbarunya Malayu-Pawana Isabella dituduh mempersenda masyarakat Melayu.

Walau didakwa mengetengahkan isu amalan rasuah, malas dan tidak bersatu dalam kalangan Melayu, Erma, 51, menyifatkan karyanya sebagai hadiah kepada golongan itu, lapor Harian Metro.

“Jika ada pihak terasa dan menganggap teater ini menyindir orang Melayu, terpulanglah kepada persepsi masing-masing,” kata pengarah terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang 2000.

“Sebagai pengkarya, saya berhak untuk membuka mata orang Melayu yang masih diulit mimpi ketika ini.”

Diarahkan bersama pengarah muda Naque Ariffin, teater fiksyen itu menceritakan kisah perebutan kuasa dan penjajahan yang berlaku antara dua kerajaan.


Bakal berlangsung bermula 21 Ogos sehingga 30 Ogos ini di Istana Budaya, persembahan dilakonkan Janna Nick, Syafiq Kyle, Afdlin Shauki, Ziela Jalil, Umie Aida, Johan Raja Lawak dan ramai lagi.

Tiket kini dijual di kaunter ‘Box Office’ Istana Budaya, dari harga RM48 hingga RM188.

No comments:

Powered by Blogger.