Ads Top

Polis tak setuju cermin gelap, bimbang cermin gelap sukar kuat kuasa jenayah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bimbang keputusan kerajaan melonggarkan peraturan cermin gelap mengundang perilaku jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik berkata pihaknya patut memberikan maklum balas sebelum keputusan itu diumumkan semalam.

Datuk Azisman Alias berkata keputusan Kementerian Pengangkutan bukan sahaja menyukarkan aktiviti penguatkuasaan tetapi mengundang bahaya kepada anggota polis.

“Sukar bagi pihak berkuasa seperti polis untuk mengendali situasi apabila mereka tidak dapat melihat penumpang.

“Katakan penumpang seorang yang disyaki, kami tidak dapat melihatnya.

“Keselamatan polis dan penguatkuasa boleh dipersoalkan bila mereka tidak dapat melihat penumpang ketika sekatan,” katanya kepada Malay Mail.

Azisman berkata pihak berkuasa juga tidak dapat melihat penumpang sekiranya mereka tidak memakai tali pinggang keledar.

“Saya terkejut kami tidak dipanggil untuk memberi pandangan sebelum pengumuman itu dibuat,” katanya.

Menteri pengangkutan semalam mengumumkan cermin belakang dan penumpang kenderaan persendirian boleh digelapkan sepenuhnya.

Anthony Loke berkata cermin depan dan pemandu kekal dengan kadar penembusan cahaya 70 peratus dan 50 peratus. - ProjekMM

No comments:

Powered by Blogger.