Ads Top

Kak Wan enggan lagi aktif politik lepas Anwar jadi PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan lagi aktif berpolitik selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Jelas Dr Wan Azizah, beliau hanya mahu menumpukan perhatian sebagai isteri, sama seperti ketika Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu, lapor Berita Harian.

“Jadi saya rasa adalah lebih baik untuk tidak aktif dalam politik selepas menamatkan penggal perkhidmatan nanti,” katanya dalam satu temubual.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga akan meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen Pandan sehingga akhir penggal sebelum bersara daripada politik.

“Melihatkan kedudukan saya sekarang dan apa yang pernah saya lalui, rasanya saya masih boleh memberikan sumbangan,” katanya lagi. - ProjekMM

No comments:

Powered by Blogger.