Ads Top

Anwar tidak perlu ikut saya apabila jadi PM, kata Dr M

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim tidak perlu mengikut arahannya apabila dia mengambil alih jawatan perdana menteri.

Presiden PKR itu juga tidak perlu mengikut apa yang telah dia lakukan.

“Dia bebas untuk buat apa yang difikirnya terbaik sebagai perdana menteri. Jadi, saya tak boleh kata apa-apa selepas itu.

“Tugas saya ialah persiapkan negara agar ia boleh diambil alih oleh pengganti saya,” kata Mahathir pada sesi khas bersamqa media menjelang ulangtahun pertama Pakatan Harapan jadi kerajaan.

Beliau ditanya adakah dia mempunyai rancangan peralihan kuasa sebelum menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata dia sudah berjanji untuk berundur dan memberi laluan kepada Anwar adalah sesuatu yang “pasti”.

“Tiada perbincangan tentang siapa yang akan jadi apa dan apa yang akan dilakukan,” katanya.

Dalam perjanjian yang dicapai antara PPBM, PKR, DAP dan Amanah pada November 2017, Mahathir akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Bulan lepas, Anwar menyatakan sokongan kepada kepimpinan Mahathir kerana ia lebih mudah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara apabila kerajaan lebih stabil.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata dia menyokong usaha Mahathir mengemudi negara mengatasi masalah-masalah yang diwarisi daripada pentadbiran lepas. - FMT

No comments:

Powered by Blogger.